Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa
istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya
menjadi wanita. Bersyukurlah
kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan
niat untuk diamalkan dan
sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.
Istimewanya Wanita
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab
baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doaorang yang penyayang
tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 orang lelaki yang tidak
soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedakah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah- olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarat
(tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama
haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli
Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun
kepada Allah dari segala
dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui
shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
AllahTa'ala mengangkatnya ke
atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama
aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ehsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anakanak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka merekaakan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung diudara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya.
(serta menjaga sembahyang
dan puasanya)
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula
berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah
s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
lima waktu, berpuasa wajib
sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta
taat kepada suaminya,
maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000
tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosadosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap
titik susu yangdiberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun),
makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga
wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20
orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila diahiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni
dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari
sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya
seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada
seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani
suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan
baginyalapan pintu syurga,
yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa
dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga
pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan
makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau
memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka
disunatkan baginya akan tiaptiap
kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap
renungannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Qiamat kelak,
Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin
semuanya atas kurniaan
rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke
mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siangdan
malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya
melihatisterinya dengan kasih sayang akan di
pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun
solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tolaemas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran
api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari
Bani Israel
yang buta sebelah
matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya.
Apabila ia menghidangkan
makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita
sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu,
maka diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya
matanyayang buta telah
celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada
perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w.
keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis
itu. Baginda lalu bertanya,
"Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?"
Jawab mereka,"Tidak"Sabda
Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah
kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
'Bismillah' akan didoakanoleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
'Bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara
dirinya dengan api neraka,
jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus
benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas tahta di hari
akhirat."
48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan
kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak
berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan
jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang
mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat
kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat,tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
ialah wanita (isteri)
yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah
cepat perkahwinannya,cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang
apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau
memerintah ditaatinya perintah
engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga
harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita
solehah.
PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat
nanti ialah mengenai solat
dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan
kewajibannya atau
tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak
diterima solatnya sehingga
kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada
suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan
kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya
maka dia adalah
perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang
itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak
keluar kecuali atas urusan yang
mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan
oleh iblis.Sabna Nabi
s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia
keluar mendongak syaitan
memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana
lelaki haram melihat wanitayang
halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan
berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika
Rasulullah s.a.w. bersama isteriisterinya
(Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang
seorang sahabat
yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w.
menyuruh isteri-isterinya
masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah,
"Bukankah orang itutidak dapat
melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah
s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat
melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan
berhias (bukan untuk
suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita
pada hari Qiamat tiada Nur
baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan
tersinggung
suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia
bermanis muka dan
tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa
sunat kalau suaminya ada
dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh
memasukkan seseorang lelaki
kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan
suaminya yang telah dijodohkan
oleh Allah, samada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya
melainkan jika terpaksa(kerana
sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang
melainkan ditepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke
tempat tidur tetapi ditolaknya
hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu
dalam laknat oleh malaikat ke
pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk
menyakiti hati suaminya,ia
akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia
sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada
manusia dan jika
diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum
wanita sujud pada suaminya
kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami
mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan
lidahnya pada hari Qiamat nanti
Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian
diikat kebelakang
tengkoknya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku
lihat seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku
saksikan kebanyakkan ahli
neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w.
ditanyai, "Mengapa demikian Ya
Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik
kepadanya
seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati
dan cukup."
17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri
dari kaum wanita." Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka,
"Mengapa terjadi demikian,
adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak
atau kafir ?" Jawab Nabi
s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang
tidak bersyukur akan nikmat
suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu
adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di
dalam neraka dan 2 kaliganda
seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka
dan kayu api." Hazrat Aishah
bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah
s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar
dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan
anak, mendidik anak-anak dan
melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan
Allah yang didatangkan melalui
suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang
mahu mengucapkan terima
kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat
Allah. (Contohnya :Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin
dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang
berdosa. (Contohnya :bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan
mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
agama iaitu mereka sering
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling
dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga
golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam
selama 7 kali umur dunia.
Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita
yang sihat tubuh badannya
tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah
wanita yang cukup pakaiannya
tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang
menghalalkan yang haram kerana
kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan
telah berkata kepada puterinya
pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai
anakku, kini engkau akan keluar dari
sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan
berpindah ke sebuah rumah dan
hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami
mu.Jadilah engkau tanah bagi
suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi
langit bagi mu (tempat
bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia
dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran
kerana itu Akan
memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,
dekatilah ia dan jika
ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan
baik.Peliharalah benar-benar suami mu
itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia
mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia
melihat melainkan yang indah
sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang
hidupku, aku hanya memilih 8
kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t.
maka jagalah baik-baik fikiran
mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka
jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis
maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka
jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu
derhaka kepada suaminyaseperti
tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan
dirinya samada untuk jimakatau
menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika
suami ada di rumah atau pun
tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu
Fardhu Ain.
Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika
suaminya tidak mampu
mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke
rumah ketika suamiingin
masuk.
f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika
bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan
atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah
sedangkan ia tidak disukaioleh
suaminya.
24. Wajib bagi wanita:-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika
berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk
suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan
ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai
besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang
wanita itu bergantung padaredha
atau tidaknya suami padanya.
No comments:
Post a Comment