20 CERITA-CERITA PENGAJARAN
CERITA 1: Raja Yang Zalim
|
Pada
satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah
merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa
penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu
dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.
Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga
akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu
hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya
saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya. Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat di cintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali. Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat. Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka mengadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?" Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang mengadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang mengadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia! |
CERITA 2: HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG |
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman
Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan
Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu
saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah
menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan
cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu
singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama
Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah
mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama
Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah
dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah
S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang
dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat
jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan
kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong
kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat
jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali
pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah
bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap
benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh
Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah
yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu,
akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak
nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru
dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup
seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah
berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
|
CERITA 3: NABI SALLEH A.S DAN UNTA DARI BATU KARANG |
Nabi Salleh a.s sedar akan tentangan akan kaumnya
yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat itu, adalah bertujuan untuk
menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya
terutama para pengikutnya. Bila ia gagal memenuhi tuntutan tersebut, Nabi
Salleh membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dari mereka, bila ia
berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta, bahwa mereka akan
meninggalkan agama dan penyembahan mereka dan akan mengikut Nabi Salleh dan
beriman kepadanya.
Sesuai dengan permintaan dan petunjuk
pemuka-pemuka kaum Tsamud, berdoalah Nabi Salleh a.s memohon kepada Allah
agar memberikan suatu mukjizat kebenearan risalahnya dan sekaligus mematahkan
perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih degil itu. Ia memohon dari Allah
dengan kekuasasan-Nya menciptakan seekor unta betina, dikeluarkannya dari
perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka
tunjuk.
Maka sejurus kemudia, dengan izin Allah Yang Maha
Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu keluar
dari perutnya seekor unta betina. Dengan menunjuk kepada binatang yang baru
keluar dari perut batu karang. "Inilah dia unta Allah, janganlah kamu
ganggu dan biarkan giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan bagi
ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya bila kamu
sampai mengganggu binatang ini."
Syahdan, maka bekeliaranlah sang unta di
ladang-ladang memakan rumput sesauka hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan
disaat giliran minumnya tiba, pergilah unta itu ke sebuah perigi dan minumlah
sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Salleh a.s datang minum,
tiada seekor binatang lain menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak
senang pada pemilik-pemilik binatang-binatang itu yang makin hari makin
merasa bahwa adanya unta Nabi Salleh di tengah-tengah mereka itu merupakan
gangguan. Laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.
Dengan berhasilnya Nabi Salleh a.s mendatangkan
mukjizat yang mereka tuntut, gagallah pemuka kaum Tsamud dalam usahanya
menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi Salleh, bahkan
sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan
menghilangkan keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mereka
pemilik-pemilik ternak yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya
unta Nabi Salleh yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta
ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.
"Barangsiapa segan mengikuti jejak sunnahku,
maka tiadalah ia termasuk dalam golonganku." Hadith Riwayat Muslim
|
CERITA 4: PENDITA YANG INSAF |
Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang
terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah
menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut
kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada
suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan
seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai
rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku
akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama
tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa
laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu
bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan
yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim
pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku,
Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau
ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba
turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman,
daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan
seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun meneruskan
perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi,
aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari
sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba
turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku
dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat
yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan
ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini)
kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku
bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau
kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah
membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah
dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan
aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah
mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku setelah mendengar
jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke
Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga
hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku,
lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang
bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia
pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan
Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku
denganmu."
Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya
Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas
pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan
pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan
yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang
indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya,
"Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan
oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah
dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana
aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah
bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di
akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua orang yang
berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan
memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat
keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan
mengalami ajaran-ajarannya."
|
CERITA 5: WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR |
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk
ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat
membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha
dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha
mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas
dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki
yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di
atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang
ke arah orang yang memanggilnya.
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui
apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak
mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan
selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka
selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang
semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air
dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas
air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil
berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus
ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke
laut.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu
wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di
dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang
dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu,
adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali
Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah
S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit
sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan
meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah,
peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan
membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada
seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.
|
CERITA 6: SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH |
Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang
berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar
oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya
mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya
tiada seorang pun yang lebih
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan
lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan
kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus
melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui
lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan
Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan
lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini.
Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung
nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun
lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar
jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang
sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap
ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara
bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian
'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh
tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk
keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti
suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang
sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh
duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan
permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang
yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan
dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah,
akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah
segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik saja dia selesai membaca
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari
rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah
mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai
nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah
ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk
maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
|
CERITA 7: SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S |
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan
pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil
membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah
pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya,
"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu,
maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu
pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah
S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi
wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam
sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia
pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan
kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya
kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah
S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah
S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka
mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan
bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada
zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi
hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah
kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita
tumpangi ini.
|
CERITA 8: PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS |
Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula.
Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang
Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang
alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh
terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar
mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika
segala-galanya serba cukup.
Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat
ke ibu
"Ini syirik," fikir lelaki yang alim
tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan
menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu.
Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu
dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas
lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak
menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu.
Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh
tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si
iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu
menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya
sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan
pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah
pulang saja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti
dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak
iblis marah.
"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian,
akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau
melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh
dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun.
Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah
kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang
pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan
sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas
empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat
dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya
yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya.
Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang
kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah
niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak
pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya
tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar
wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang
kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit
dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari
keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi
keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang
kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan
khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri
itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si
isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku
habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut
si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil
membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang
syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah
menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya
menggegar.
"Mahu menebang pohon," jawab si alim
dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum
pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat.
Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam
kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa
engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama
sekali?"
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu
saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk
Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu
sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah
hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau
keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku.
Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi
termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas
kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan
niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang
sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang
semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang
berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan
Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan
hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu
kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya
(kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan
lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan
hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim
|
CERITA 9: PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR |
Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya
yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona
serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.
Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati
keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya
tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada
di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari
negerinya sendiri.
Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya
kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa
sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang
bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang
mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang
buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk
bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan
penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah
busuk itu.
"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan
hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?"
begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya
sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur
itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah
meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau
semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama
seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di
sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak
yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah
berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu
menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang
belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad 'Uzair yang telah
mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah
pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga
'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang
bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam
keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa
malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau
tidur?" Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur
sehari dua ataupun setengah hari." Lalu malaikat pun berkata kepadanya,
"Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah
engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai
dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang,
makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi
Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan
perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat
menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang
sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan
semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan
diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau
supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada
manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan
ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."
Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang
sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahwa
Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai
yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan
tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali
bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata,
"Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas
segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus
menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar
untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia
"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah
rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita
tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak
pernah menyebut namanya selain kali ini saja." Kata perempuan itu sambil
menitiskan airmata. 'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas.
"Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya
sudah dihidupkan oleh Allah kembali." Perempuan tua itu terkejut
seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah
seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak
jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya lagi,
"Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata
saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan
ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang
kembali dan dapat melihat tuan."
"Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke
langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka
dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu
kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun
berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu
terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai,
bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahwa dialah 'Uzair yang pernah
hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil,
tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau
bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu.
Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak
kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahwa bapa saya
mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah
dia 'Uzair." Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah
sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang
lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahwa sejak penyerbuan
Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut
membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal
isi Taurat kecuali 'Uzair saja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan
sebutkan isi Taurat yang betul."
'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan
fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah
mereka percaya bahwa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa
Israil punpercaya bahwa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual
oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair
serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada
kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci
Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk
adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah,
maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah
mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang
menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah,
ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an,
was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam
kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
|
CERITA 10: PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI |
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi
Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap
dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan
aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang
itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa
turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke
tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di
situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk
ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan
cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa
berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik.
Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar
semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan
membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan
dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid",
jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi
babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang
tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar
mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.",
tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan
kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua
ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti
juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh
kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami
angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka
telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh
dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun
hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa
kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua
ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan
penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga
dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka
lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada
Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua
ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya
bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih
mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas
yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
|
CERITA 11: MASUKNYA ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA' |
Alkisah disebutkan bahwa di
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu
zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun
datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati
janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila
dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si
Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi
dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia
melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan
dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga
saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari
ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin,
sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang
Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya
berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu
padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan
sepuluh keping roti,
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua
keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada
keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata suara dalam
mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan
matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari
batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang
berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan
yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini
adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah
itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi
kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal
apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah
bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal
yang diperbuatnya bahwa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang
memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku
dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi,
sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan
sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut,
sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda
salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama
yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
|
CERITA 12:
|
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh
yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa
antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan
ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu
melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke
barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi)
maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat;
jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau
daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari
rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah
bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku
diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil
yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke
bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya,
tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka
Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa
sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu
bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya
supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas
itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh
Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia
ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian
terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah
aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun
mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu,
lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,
"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak
pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam
mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung
kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi
meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai
yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak
tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima
peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun
berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan
perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah
kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah
S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya
nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat
mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis
daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan,
maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang,
maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu,
maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri
berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal
seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat
ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini
hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini
sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak
dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat
seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa
kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada
sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan
terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya,
"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku
kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah
pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita
sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata
itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan
mengata hal orang walaupun ia benar.
|
CERITA 13: BERPISAHNYA ROH DARI JASAD |
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya,
"Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W
datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana
menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk
ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak
usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk
sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan
tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku
dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku
berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku
sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku
menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,
"Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"
Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku,
"Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah
katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi
mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama
bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah,
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga
termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab
Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia
diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat
semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada
itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih
tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai
Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang
memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di
masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari
badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari
kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat
mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar
kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai
orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul
maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai
orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam
keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka
berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan
diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat
memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan
dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan
kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun
pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa
lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat
akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan
isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah
menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku
akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku
tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka
berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu
percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka
sehingga hari kiamat."
|
CERITA 14: KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W |
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah,
barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh
kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi
titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang
berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang
berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan
mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata: "Bagi
mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan
selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap
para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan
kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah, Rasul dan para malaikat.
|
CERITA 15: KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA |
Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di
zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya
kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak
membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu
dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli
harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang
yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi
tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia
terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si
badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.
Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar
Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu
beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus
dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus
dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya
kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa
senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di
kampungku harga barang ini paling murah
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan
badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan
bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa
malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua
kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya
dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di
atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita
seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi
peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan
peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang
halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada
penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan
memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan
tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau
diharga." (Diriwayat
|
CERITA 16: Keanehan-keanehan Peminta Sedekah |
Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan
pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada beliau.
( i )
Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang
datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...”
Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun
meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”
“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau
mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang
untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *
( ii )
Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah
berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu. “Semoga
Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada
engkau.” kata tuan rumah.
“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.
“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”
“Kami tidak punya.”
“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.”
“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam
saja.”
“Kami tidak punya apa-apa.”
“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam
rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta
sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. *
( iii )
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa
seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar,
berilah sesuap makanan.”
“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.
“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh
|
CERITA 17: NERAKA JAHANAM |
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya
neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia
menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat
70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan
pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api,
pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap
lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula
terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000
ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala
itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada
setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari
kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu
neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang
akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W
telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam,
dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka
itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya
adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai
kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya,
maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan
saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
|
CERITA 18: MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS |
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan
bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah)
pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada
langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah
al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala
dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah
S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata,
"Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada
tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya,
"Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang
dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga
dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat
bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala
mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.
Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi
iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para
malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula
dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada
asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah
S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu
seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.
Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti
bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat
sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk
ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke
hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya
sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak
ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka
menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya
Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku.
Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya
Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak
menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah
maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi
untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan
seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi
untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah
rumahmu, engkau berjalan di
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi
untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan
kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki,
ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik
yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka
pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke
dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan
menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang
dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara
syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah
mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud:
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang
berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
|
CERITA 19: TEMPAT TINGGAL ROH |
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh
pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh
itu menuju ke tujuh tempat" :-
· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga
Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke
syurga Illiyyina.
· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung
disyurga sekehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa :
"Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.
|
CERITA 20: Saat-saat Ketika Seorang Insan Menghadapi Mati |
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita
muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah
bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di
perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk
mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang
sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan
sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang
datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi
kita untuk menemui-Nya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk
dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."
Sambung Rasulullah saw lagi:
"Kalau orang yang bernazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah
kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada
syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s."
"Kalau orang yang bernazak itu orang
munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka
orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang
ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
kepada Allah SWT."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh
lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya
dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
daripada Allah SWT maka malaikat maut pun
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh
orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut
ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab
mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak
tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka
malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah
ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.
Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan Ramadhan.
3. Orang yang berpuasa dihari Arafah."
|
No comments:
Post a Comment